Terimakasih anda pelawat yang ke:-

Site Counter
Site Counters

Monday, November 22, 2010

22 November 2010 Sidang Media

ARKIB : 23/11/2010

Angkasa nafi penyelewengan RM6.4j

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) hari ini menafikan tuduhan kononnya terdapat penyelewengan wang sebanyak RM6.4 juta yang dilakukan ahlinya.
Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum menyifatkan dakwaan membabitkan lapan ahli anggota Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) Angkasa itu sebagai tidak berasas dan mempunyai agenda tertentu.
Tegasnya, tohmahan itu juga dilakukan tanpa usul periksa dan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama baik Angkasa dan barisan kepimpinannya agar pihak-pihak tertentu boleh mengambil kesempatan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Rangkaian Sahabat Dungun (Kerabat), Datuk Seri Noor Zainan Zainul terhadap Angkasa.
"Dakwaan ini adalah tidak berasas dan ia dilakukan tanpa usul periksa, bertujuan mencemarkan nama baik Angkasa," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Angkasa dekat sini.
Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan dakwaan Noor Zainan berhubung 27 penyelewengan yang dilakukan lapan individu terbabit sejak Disember lalu dengan menggunakan wang Angkasa untuk pelbagai perkara.
Mohd. Ali berkata, dakwaan lain yang telah dibuat adalah mengenai elaun tahunan tetap sebanyak RM300,000 pada setiap ahli JKT selain penambahan peruntukan RM500,000 bagi Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa yang sepatutnya hanya RM1.5 juta, tetapi telah digunakan sebanyak RM2 juta.
Jelasnya, setiap elaun yang diterima oleh ahli JKT adalah mengikut kerja dan peranan yang dimainkan di dalam Angkasa dan tiada elaun tetap seperti yang didakwa.
Malah katanya, peruntukan RM2 juta yang digunakan pada persidangan itu telah mendapat kelulusan SKM dan ia tidak wajar dipersoalkan.
"Mustahil kita akan mendapat wang atau elaun tanpa kelulusan SKM dan mesyuarat. Kita juga mempunyai bukti untuk menafikan dakwaan ini kerana semua bukti yang melibatkan keluar masuk wang disimpan dengan baik sekiranya kes seumpama ini berlaku," katanya.




No comments:

Post a Comment