Terimakasih anda pelawat yang ke:-

Site Counter
Site Counters

Saturday, February 5, 2011

Perkhidmatan Sosial Dan Perlindungan

Infaq Lil-Waqf ANGKASA
Idea penubuhan Skim Infaq Lil-Waqf dicetuskan oleh Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JKT) pada Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke- 26 (PKTA), pada 19 Disember  2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).
Hasrat ANGKASA ingin menubuhkan Skim Infaq Lil-Waqf adalah selari  dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu “Mengambil Berat Terhadap Masyarakat”.
Sumbangan Infaq Lil-Waqf  akan dikutip daripada koperasi ahli ANGKASA ,anggota –anggota koperasi, pelanggan-pelanggan BPA dan kakitangan koperasi.
Terdapat 3 kaedah kutipan yang dipraktikkan melalui Potongan gaji (Majikan/ BPA), Tunai atau Cek / Wang Pos/ Bank Deraf.
Sebarang maklumat dan borang mengenai Infaq Lil-Waqf boleh didapati melalui laman web ANGKASA iaitu www.angkasa.coop atau boleh berhubung terus melalui Bahagian Perkhidmatan Sosial dan Perlindungan di talian 03-7884666615/6674/6612.
  
Kesimpulan
Kesimpulannya institusi waqaf dan harta waqaf sebagai sumber ekonomi “terpendam” umat Islam yang perlu dieksploitasi dengan sebaiknya bagi mendapatkan manfaat yang sebaiknya bagi umat Islam. Memandangkan menyimpan modal tanpa digunakan (keep the capital idle) suatu yang dilarang oleh Islam, maka usaha-usaha inihj adalah perlu digiatkan untuk mengembalikan fungsi waqaf.

KEMANA HARTA ANDA DIINFAQKAN.
Pendahuluan
Istilah waqaf adalah berkait dengan infaq, zakat dan sedekah. Ia adalah termasuk dalam mafhum infaq yang disebut oleh Allah sebanyak 60 kali dalam al-Quran. Ketiga-tiga perkara ini bermaksud memindahkan sebahagian daripada harta segolongan umat Islam kepada mereka yang memerlukan. Namun, berbanding zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu dan sedekah yang menjadi sunat yang umum ke atas umat Islam, waqaf lebih bersifat pelengkap (complement) kepada kedua-dua perkara tersebut. Disamping itu, apa yang disumbangkan melalui zakat adalah tidak kekal dimana sumbangannya akan digunakan dalam bentuk hangus, sedangkan harta waqaf adalah berbentuk produktif iaitu kekal dan boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah masa hadapan.
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (waqaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Pandangan masyhur menyatakan individu pertama yang mengeluarkan harta untuk diwakafkan adalah Saidina ‘Umar RA dengan mewakafkan 100 bahagian daripada tanah Khaibar kepada umat Islam. Anaknya Abdullah bin ‘Umar RA menyatakan bahawa ayahnya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pandangan tentang tanah itu, maka katanya:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, dimana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah) apakah yang engkau perintahkan kepadaku dengannya?.” Maka sabda Rasulullah SAW: “Jika engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.” “Maka ’Umar telah mewaqafkan hasil tanahnya itu, sesungguhnya tanah itu tidak boleh dijual, tidak boleh dihibah (diberi) dan diwarisi kepada sesiapa.” Katanya lagi: “’Umar telah menyedekahkannya kepada orang-orang fakir, kaum kerabat, hamba yang baru merdeka, pejuang-pejuang di jalan Allah, ibn Sabil dan para tetamu. Tidaklah berdosa sesiapa yang menyelia tanah waqaf itu memakan sebahagian hasilnya sekadar yang patut, boleh juga ia memberi makan kawan-kawannya, tetapi tidaklah boleh ia memilikinya.”
Sejak itu amalan waqaf berkembang sehingga menjadi tulang belakang  kepada pembangunan umat Islam terdahulu dan berkekalan sehingga ke hari ini. Banyak institusi pendidikan seperti Universiti Cordova di Andalus, Al-Azhar al-Syarif di Mesir, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, al-Qurawiyyin di Fez, Maghribi, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, Pondok Pesantren Darunnajah di Indonesia, Madrasah Al-Juneid di Singapura dan banyak institusi pondok dan sekolah agama di Malaysia adalah berkembang berasaskan harta waqaf. Universiti Al-Azhar contohnya telah membangun dan terus maju hasil sumbangan harta waqaf. Sehingga kini pembiayaan Univesiti Al-Azhar yang dibina sejak 1000 tahun lalu telah memberikan khidmat percuma pengajian kepada ribuan pelajar Islam dari seluruh dunia.

Saturday, December 25, 2010

SAMBUTAN HARI WANITA DESA ANTARABANGSA 2010



"TUNTUTAN HAK MENDAPATKAN PENDIDIKAN UNTUK ANDA DAN ANAK ANDA"
DIRASMIKAN OLEH:
YB SENATOR DATO' MAZNAH MAZLAN
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

Monday, November 22, 2010

22 November 2010 Sidang Media

ARKIB : 23/11/2010

Angkasa nafi penyelewengan RM6.4j

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) hari ini menafikan tuduhan kononnya terdapat penyelewengan wang sebanyak RM6.4 juta yang dilakukan ahlinya.
Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum menyifatkan dakwaan membabitkan lapan ahli anggota Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) Angkasa itu sebagai tidak berasas dan mempunyai agenda tertentu.
Tegasnya, tohmahan itu juga dilakukan tanpa usul periksa dan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama baik Angkasa dan barisan kepimpinannya agar pihak-pihak tertentu boleh mengambil kesempatan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Rangkaian Sahabat Dungun (Kerabat), Datuk Seri Noor Zainan Zainul terhadap Angkasa.
"Dakwaan ini adalah tidak berasas dan ia dilakukan tanpa usul periksa, bertujuan mencemarkan nama baik Angkasa," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Angkasa dekat sini.
Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan dakwaan Noor Zainan berhubung 27 penyelewengan yang dilakukan lapan individu terbabit sejak Disember lalu dengan menggunakan wang Angkasa untuk pelbagai perkara.
Mohd. Ali berkata, dakwaan lain yang telah dibuat adalah mengenai elaun tahunan tetap sebanyak RM300,000 pada setiap ahli JKT selain penambahan peruntukan RM500,000 bagi Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa yang sepatutnya hanya RM1.5 juta, tetapi telah digunakan sebanyak RM2 juta.
Jelasnya, setiap elaun yang diterima oleh ahli JKT adalah mengikut kerja dan peranan yang dimainkan di dalam Angkasa dan tiada elaun tetap seperti yang didakwa.
Malah katanya, peruntukan RM2 juta yang digunakan pada persidangan itu telah mendapat kelulusan SKM dan ia tidak wajar dipersoalkan.
"Mustahil kita akan mendapat wang atau elaun tanpa kelulusan SKM dan mesyuarat. Kita juga mempunyai bukti untuk menafikan dakwaan ini kerana semua bukti yang melibatkan keluar masuk wang disimpan dengan baik sekiranya kes seumpama ini berlaku," katanya.