Terimakasih anda pelawat yang ke:-

Site Counter
Site Counters

Tuesday, October 19, 2010

Bahagian Perkhidmatan Sosial Dan Perlindungan - Infaq Lil-Waqaf


ANGKASA menyediakan program Infaq Lil-Waqaf sebagai salah satu kaedah bagi membangunkan ekonomi anggota koperasi khasnya dan ekonomi negara amnya.
Program ini bertujuan memberi ruang kepada warga koperasi menyumbang sejumlah wang kepada Infaq Lil-Waqaf sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf. Peserta digalakkan menyumbang secara beransur-ansur ataupun sekaiigus dalam tempoh tertentu.

Galakan Infaq Lil-Waqaf.
Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (waqaf), ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepada kedua ibubapanya." (Riwayat Muslim)
Tujuan Infaq Lil-Waqaf.
Menyelaras dan mentadbir dana koperasi / anggota koperasi bagi meningkatkan sosio ekonomi dan kebajikan gerakan koperasi.
Meningkatkan pembangunan ekonomi koperasi.
Meningkatkan pegangan aset koperasi.

Skim Infaq Lil-Waqaf.
Skim ini bertujuan untuk memudahkan koperasi / anggota koperasi menyumbangkan sejumlah wang secara sekaligus ataupun secara beransur-ansur sebagai memurnikan amalan derma berdasarkan konsep waqaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.

Kaedah Menyumbang.
Bagi memudahkan urusan sumbangan, penyumbang boleh menggunakan perkhidmatan melalui potongan gaji, cek ataupun secara tunai. Sumbangan anda kepada Infaq Lil-Waqaf akan dimanfaatkan berasaskan niat yang dinyatakan.

Manfaat Sumbangan.
Manfaat atau faedah daripada Infaq Lil-Waqaf ini boleh dikecapi oleh semua anggota koperasi dan masyarakat secara umumnya.la akan digunakan untuk pelbagai aktiviti yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. ANGKASA akan memanfaatkan hasil Infaq Lil- Waqaf bagi tujuan aktiviti seperti:-
  • Menubuhkan Pusat Rawatan Dialisis untuk manfaat waqp koperasi dan masyarakat umum.
  • Menubuhkan Pusat Pakar Perubatan untuk manfaat warga koperasi dan masyarakat umum.
  • Menubuhkan pusat perniagaan koperasi di pusat bandar supaya koperasi dapat memasarkan produk masing-masing.
  • Mewujudkan rumah rehat koperasi (Cooperative Rest House) di seluruh negara.
  • Menyediakan tempat penginapan warga emas {Old Folk Home) bagi yang tidak berkemampuan dan terabai.
  • Memberi bantuan pendidikan kepada anggota koperasi untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
  • Membangunkan tanah atau aset koperasi yang strategik untuk kepentingan warga koperasi seluruhnya.
  • Menyedia dan membangunkan prasarana yang berkaitan dengan keperluan warga koperasi.
Moga dengan sumbangan ini Allah SWT telah menjanjikan bukan hanya pahala yang berlipat ganda malah juga keberkatan harta tersebut kepada pemiliknya,sebagaimana firman Allah yang bermaksud

(Al-Baqarah 002:272)   " Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan."

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-


Bahagian Perkhidmatan Sosial Dan Perlindungan 
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan 556/1, 
Kelana Jaya 47301
Petaling Jaya,
Selangor
Telefon: 03 - 78846615
Faks:      03 - 78846677

 http://www.facebook.com/pages/Perkhidmatan-Sosial-Dan-Perlindungan/138730789515774?v=info


Seminar Kesihatan Peringkat Negeri Melaka,N.Sembilan dan Johor













Wednesday, October 13, 2010

ANGKASA Dalam Akhbar

Utusan Malaysia 15 Oktober 2010
Utusan Malaysia 8 Oktober 2010
Berita Harian 11 Oktober 2010
Kosmo 11 Oktober 2010
Berita Mingguan 10 Oktober 2010
Berita Harian 11 Oktober 2010

Friday, October 8, 2010

Cadangan pelepasan CUKAI KOPERASI yang dibentangkan..

  1. Pengurangan kadar mengikut kategori pendapatan bercukai melebihi RM20,000   dan seterusnya sebanyak 1 mata setiap kategori. 
  2. Meningkatkan amaun pendapatan bercukai untuk setiap ringgit pertama daripada RM20,000 kepada RM50,000. 
  3. Kadar cukai bagi kumpulan pendapatan bercukai melebihi RM500,000 kekal pada 24% 
  4. Penundaan tempoh pengecualian cukai dari tarikh berdaftar koperasi dinaikkan daripada 5 tahun kepada 8 tahun. 
  5. Meningkatkan amaun kumpulan wang anggota pada hari pertama tempoh asas tahun taksiran daripada RM750,000 kepada RM1,200,000. 
  6. Belanja mesyuarat agung dijadikan sebagai belanja yang dibenarkan dalam pengiraan pendapatan perniagaan. 
  7. Belanja agen cukai dibenarkan dalam pengiraan pendapatan perniagaan. 
  8. Elaun modal diberikan kepada bangunan komersial milik koperasi. 
  9. Pengecualian terhadap transaksi antara koperasi dengan anggotanya. 

Saturday, October 2, 2010

ANGKASA CAWANGAN SABAH

BANK RAKYAT CAW. SABAH MEMBINCANGKAN MASALAH POTONGAN GAJI MELALUI ANGKASA PADA 30 SEPTEMBER 2010.

Friday, October 1, 2010

Jasamu sentiasa dikenang.


SISTEM POTONGAN GAJI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA
Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan-potongan koperasi dan lain-lain diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan kerja-kerja potongan gaji di jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun dan swasta. Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain badan untuk mendapatkan bayaran-bayaran seperti yuran, saham, pinjaman dan sebagainya dengan lebih bersistematik dan terjamin.

SPGA ini diuruskan dan dikendalikan oleh Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) iaitu satu daripada bahagian-bahagian yang diwujudkan ANGKASA. BPA diwujudkan ekoran daripada keputusan kerajaan tidak lagi mahu membuat potongan koperasi dari lembaran gaji.

Mulai bulan April 1977 dimulakan dengan 23 buah koperasi sahaja BPA mula menjalankan perkhidmatannya.
Pada masa ini terdapat 1229 buah koperasi dan bukan koperasi menggunakan perkhidmatannya. Jumlah potongan yang diuruskan ialah RM740 juta sebulan setakat Oktober 2010 dengan bilangan rekod potongan anggota melebihi 2.8 juta.

Dalam memperkatakan tentang kemajuan yang dikecapi  ANGKASA pada masa ini, tidak banyak yang dicerita tentang tenaga-tenaga kerja disebalik kejayaan ANGKASA.

Diantara staf lama berkhidmat ialah Puan Rozita Ishak kerani yang telah bertugas di BPA sejak 1983. Pengalaman selama 27 tahun di BPA menjadikan beliau amat arif dalam menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang berhubungkait dengan system potongan gaji.
Bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap individu ahli koperasi terdapat di Jabatan tempat bertugas dan potongan gaji dapat dibuat.
Dedikasi dan kecekapan staf yang setia kekal dengan ANGKASA dalam pengendalian tugas-tugas seharian perlu dihargai. Inilah  Pn Rozita salah seorang staf lama yang pakar " mengesan ahli koperasi"  yang masih  berbakti di BPA dan melatih Kerani dan Pegawai baru dengan ikhlas.
Puan Rozita Ishak

Pelancaran Pasukan Sukarelawan Koperasi (PASKOP)

Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa