ANGKASA menyediakan program Infaq Lil-Waqaf sebagai salah satu kaedah bagi membangunkan ekonomi anggota koperasi khasnya dan ekonomi negara amnya.
Program ini bertujuan memberi ruang kepada warga koperasi menyumbang sejumlah wang kepada Infaq Lil-Waqaf sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf. Peserta digalakkan menyumbang secara beransur-ansur ataupun sekaiigus dalam tempoh tertentu.
Galakan Infaq Lil-Waqaf.
Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (waqaf), ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepada kedua ibubapanya." (Riwayat Muslim)
Tujuan Infaq Lil-Waqaf.
Menyelaras dan mentadbir dana koperasi / anggota koperasi bagi meningkatkan sosio ekonomi dan kebajikan gerakan koperasi.
Meningkatkan pembangunan ekonomi koperasi.
Meningkatkan pegangan aset koperasi.
Skim Infaq Lil-Waqaf.
Skim ini bertujuan untuk memudahkan koperasi / anggota koperasi menyumbangkan sejumlah wang secara sekaligus ataupun secara beransur-ansur sebagai memurnikan amalan derma berdasarkan konsep waqaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.
Kaedah Menyumbang.
Bagi memudahkan urusan sumbangan, penyumbang boleh menggunakan perkhidmatan melalui potongan gaji, cek ataupun secara tunai. Sumbangan anda kepada Infaq Lil-Waqaf akan dimanfaatkan berasaskan niat yang dinyatakan.
Manfaat Sumbangan.
Manfaat atau faedah daripada Infaq Lil-Waqaf ini boleh dikecapi oleh semua anggota koperasi dan masyarakat secara umumnya.la akan digunakan untuk pelbagai aktiviti yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. ANGKASA akan memanfaatkan hasil Infaq Lil- Waqaf bagi tujuan aktiviti seperti:-
- Menubuhkan Pusat Rawatan Dialisis untuk manfaat waqp koperasi dan masyarakat umum.
- Menubuhkan Pusat Pakar Perubatan untuk manfaat warga koperasi dan masyarakat umum.
- Menubuhkan pusat perniagaan koperasi di pusat bandar supaya koperasi dapat memasarkan produk masing-masing.
- Mewujudkan rumah rehat koperasi (Cooperative Rest House) di seluruh negara.
- Menyediakan tempat penginapan warga emas {Old Folk Home) bagi yang tidak berkemampuan dan terabai.
- Memberi bantuan pendidikan kepada anggota koperasi untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
- Membangunkan tanah atau aset koperasi yang strategik untuk kepentingan warga koperasi seluruhnya.
- Menyedia dan membangunkan prasarana yang berkaitan dengan keperluan warga koperasi.
(Al-Baqarah 002:272) " Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan."
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-
Bahagian Perkhidmatan Sosial Dan Perlindungan
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan 556/1,
Kelana Jaya 47301
Petaling Jaya,
Selangor
Telefon: 03 - 78846615
Faks: 03 - 78846677
http://www.facebook.com/pages/Perkhidmatan-Sosial-Dan-Perlindungan/138730789515774?v=info